Sunday, March 27, 2011

Sememangnya umat islam tidak pernah sunyi dari anasir-anasir yang cuba merosakkan akhlak dan akidah. Sebagaimana firman Allah SWT bahawa golongan Yahudi dan Nasara tidak akan redha sehingga kita semua mengikut mereka.

Kali ini saya ingin mengingatkan diri saya dan anda semua supaya menyedari akan bahaya 3S yang sedang hebat melanda umat manusia. Apatah lagi umat Islam yang telah dimuliakan oleh Allah SWT dengan tauhid dan syariat melalui ajaran Rasulullah SAW.

S yang pertama adalah SPORT. Asalnya untuk memberi kesihatan kepada tubuh badan seterusnya menguatkan urusan diri kita dengan Allah SWT. Sememangnya manusia seringkali tewas apabila berhadapan dengan ujian kesihatan. Akibatnya ianya dijadikan alasan untuk tidak menunaikan suruhan dan perintahNya. Namun sukan yang tidak berpandukan syariat dan tujuan-tujuan yang dibenarkan syarak telah menjadi fitnah kepada manusia untuk engkar kepada Allah SWT. Atas nama sukan, manusia ditelanjangkan tanpa rasa malu dengan segan. Malah bersungguh-sungguh pula demi memperolehi pengiktitarafan dunia mungkar. Sewajarnya umat Islam merasa malu apabila anak-anak orang beriman menjadi jamuan mata nafsu serakah syaitan yang bertopengkan manusia. Lihat sahaja sukan gymnas, renang dan sebagainya. Pakaian yang digunakan langsung menyalahi akhlak islamiah, malah tidak bersabit langsung dengan keperluan kesihatan jasmani. Kerana sukan juga ramai umat Islam lalai dengan perintah solat. Hanya kerana sebiji bola berjuta umat Islam merelakan diri mereka untuk bersama-sama dengan golongan Yahudi dan Nasara tanpa menghiraukan panggilan Ilahi. Kerana bola juga persoalan judi telah membuatkan ramai umat Islam kepeningan antara judi haram dan judi halal!!!

S yang berikut adalah SINGING. Lambakan rancangan hiburan dewasa ini menjadi kayu pengukur batapa terancangnya modus operandi golongan kufar untuk meruntuhkan akidah umat Islam. Sakit mata sampai ke hati melihat jiwa-jiwa remaja penyambung genarasi berlumba-lumba menjadi penyanyi yang tidak pernah menjanjikan kehidupan yang diredhai Allah SWT. Saban waktu kita dibisikkan dengan berita yang mengaibkan lantaran rendahnya moral sang penyanyi. Namun ada juga golongan rosak iman yang mengangkat mereka ini sehingga dipuja dan dihormati sehingga mengalah agamawan. Jelik dan pelik bagaimana kaki perosak agama bangsa dan negara diberi pangkat dan darjat begitu tinggi!

Akhir sekali SEX. Sebahagian ulama hampir malu mengukap perkataan ini. Secara tercemar bibir ini kerana saban waktu mengzikirkan kalimah Allah. Ultimate hubungan kepada perhubungan intim seharusnya menjadi rahsia diri dan sang kekasih yang sah mengikut syariat. Bukanlah untuk dicanang-canang seantero dunia. Apatahlagi sebagai ramuan untuk menjatuhkan lawan dan kawan. Lihatlah bertapa rosaknya nilai manusia apabila seks dijadikan dagangan sehingga diiktiraf sebagai sumber rezeki bagi yang tidak mampu. Tsunami seks songsang yang telah dirakamkan di dalam Al Quran kini semakin menjadi-jadi. Sewajarnya umat Islam perkara ini wajib diperangi sedaya upaya. Tetapi ada pula suara-suara sumbang golongan munafik yang beria-ia mempertahankan keganjilan tabie ini.

Inilah kempen 3S yang perlu kita sebagai umat Islam untuk menilai semula agar menjadi umat contoh bagi sekelian manusia di dunia.

0 Comments: