Friday, June 11, 2010

"History always written by the winners. When two culture clash, the loser is obliterated and the winner writes the history books - books which glorify their own cause and disparage the conquered foe"

Peristiwa pengepungan Gaza hanya mengulangi apa yang telah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW apabila ia dipulau oleh kaum-kaum Quraisy. Namun apabila pertolongan Allah itu sampai tiada siapa lagi yang mampu menghalangnya.

Begitulah yang berlaku apabila akhirnya Mesir terpaksa untuk membuka sempadan Rafah untuk membesar misi bantuan kemanusia untuk sampai kepada saudara-saudara seakidah di Palestin. Memang menyakitkan hati apabila melihat kelesuan pemimpin dunia Islam terutamanya dari negara-negara Arab dalam isu Palestin.

Inilah bahananya apabila diri sudah dirantai dengan kemewahan dunia dan kuasa walaupun secangkir cuma. Jangankan negara Arab sekeliling, hatta Fatah yang bersekedudukan pun hanya mampu melihat. Lebih dasyat lagi mereka tali barut rejim Zionist bagi menggagalkan usaha mengembalikan maruah Al Quds ke tangan Islam.

Kebencian Yahudi Zionist harus bermula dengan diri sendiri. Seharusnya umat Islam menyalahi sifat dan sikap buruk yang ditonjolkan oleh mereka terutama apabila ia jelas diterangkan di dalam Al Quran. Walaupun hakikatnya inilah sikap yang diberpaksi didalam tubuh insan mengaku Islam agamanya.

"Hai orang-orang yang beriman jadikan diri kamu orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." Al Maidah : 8

Flotilia tidak akan belayar jika perjuangan hanya bersandarkan ras semata-mata. Namun itulah ajaran Islam yang meletakkan keadilan sebagai tunjang untuk mentadbir alam ini. Lantaran itu mereka2 ini sanggup meredah geloran laut dan ketidakpastian demi keadilan bagi saudara-saudara kita di Palestin. Ternyata soladirati telah membuahkan hasil apabila laluan darat akhirnya diterbuka hijabnya.

Namun ia tidaklah menandakan berakhirnya perjuangan yang telah dimulakan oleh Umar Al Khattab dan Salehuddin Al Ayubi. Tanggungjawab mengembalikan hak sepenuhnya kepada umat Islam adalah kewajiban yang tiada tolok bandingnya. Fikirkan apa sahaja yang mampu diberikan demi amanah tersebut. Baik dari segi buah fikiran, nasihat, perubahan sikap, derma, bantuan rohani, jasadiah dan sebagainya pasti ia mendapat ganjaran disisi Allah SWT.

Mereka tidak memerlukan kita berada di sana untuk sama-sama menghadapi musuh Allah. Namun apa yang mereka harapkan adalah kita berada disisi mereka. Bak kata sakit peha kiri peha kanan juga terasa sakitnya. Insyallah

http://loolt.files.wordpress.com/2009/02/gaza-blockade-2.jpg

0 Comments: