Wednesday, March 31, 2010

Menanam kelapa di Pulau Bukum
Tinggi sedepa sudah berbuah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di Kitab Allah
Ana tak pastilah kalau-kalau memang budaya kita orang membela anjing (kalau anak ana Hanzalah dia sebut Hanjing hehehe…) di rumah. Rasanya sejak dari dulu lagi memang pantang tok nenek kita membela anjing. Babi jauh sekali. Menyebutnya sahaja rasa tercemar mulut. Namun sejak dua menjak ni makin banyak pendedahan Melayu bela anjing. Ishhh… kalau orang negori dengau mampuihhh…
Manis sungguh gula Melaka
Jangan dibancuh dibuat serbat
Sungguh teguh adat pusaka
Biar mati anak jangan mati adat
Cheewah... pantun lagi ana yea. Alaa ‘cut and paste’ jer hehehe…
Kalau kita
Pada firsat ana 'mungkin' si MKI ini keliru antara hukum mem’pet’
Tengok dari baju yang dipakai masyallah… hebat. Jubah merupakan pakaian sunnah Rasulullah SAW. Ternyata tak ramai dikalangan kita (orang awam berketurunan Melayu) mempu mengamalnya. Biasanya amalan orang-orang sebegini hebat-hebat juga. Tak terkejar kita yob orang Perak kate. Tapi apakan daya segala usaha amal ibadat sebegainya mungkin sia-sia lantaran beberapa ekor anjing yang dibelai, diusap dan dimanja. Ini kerana sebuah hadith SAHIH oleh Imam Bukhari dan Muslim seperti berikut
"Barangsiapa yang memelihara anjing, kecuali anjing berjalan (untuk tujuan menjaga ternakan atau keselamatan) dan anjing perburuan, maka berkuranganlah (pahala) amalannya setiap hari sebesar qirat (ukuran yang amat besar)."
Ini kerana berdasarkan metodologi fuqaha’ dalam memahami nas ini, adalah jelas bahawa haram hukumnya bagi Muslim memelihara anjing di dalam rumah melainkan untuk tujuan keselamatan dan juga perburuan. Ini kerana setiap sesuatu yang mengurangkan pahala itu adalah antara petunjuk kepada hukum haram. Kalau ye pun tujuan membela untuk menjaga keselamatan tapi takkan sampai ke tahap yang ditunjukkan oleh si MKI tu. Banyak ekor pulak.
Jadi kalau nak bela juga, boleh tapi letak kat luar pagar. Untuk jaga keselamatan dari kena ceroboh dan sebagainya. Bukan untuk dibuat main dan dimanja. Amboiii... bukan main lagi kalau tengok sorang artist tu. Tapi tak perlah maybe dia belum sempat nak google hukum hakam tentang bela binatang sekor nih. Sebab itu ana sebutkan tadi ada perbezaan antara bela anjing untuk dibuat teman dan bela anjing untuk tujuan keselamatan atau perburuan.
Berkenaan dengan kenajisan anjing pula satu-satunya hujah yang paling kuat digunakan sebagai rujukan ialah sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
"(Cara) menyucikan bekas kamu sekiranya dijilat anjing ialah dengan membasuhkan sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan tanah, atau dimulakan dengan tanah, atau basuhan kelapan dengan tanah."
Dalam syariat agama Islam cara penyucian sebegini hanyalah diperlukan untuk cuci zat yang bernajis sahaja. Dalam hal ini level najisnya dianggap sebagai berat (mughalazah) kerana cara penyuciannya yang membabitkan proses samak seperti yang sedia maklum.
Pun demikian, masih wujud khilaf ulamak dalam kenajisan anjing. Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah meringkaskan khilaf itu seperti berikut:
1. Anjing itu tidak najis keseluruhannya sama ada bulu kulit atau cecair badannya (kecuali najisnya yang dianggap mutawassitah). Ini adalah pendapat mazhab Maliki (mazhab si MKI tu kot). Akan tetapi sekiranya anjing itu menjilat sesuatu, maka ianya perlu disamak. Syeikh Yusuf al-Qaradawi cenderung kepada pendapat ini.
2. Anjing itu najis termasuklah bulu dan cecair badannya (seperti peluh dan air liur). Ini adalah pendapat mazhab Shafie, dan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad bin Hanbal.
3. Anjing itu najis pada cecair badannya sahaja, bukan pada bulu kulit badannya ketika kering. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan pendapat kedua di dalam mazhab Hanbali.
Imam Ibn Taimiyyah lebih cenderung kepada pendapat yang ketiga. Pendapat ini selari dengan keharusan membela anjing untuk tujuan keselamatan atau perburuan. Sekiranya ia najis keseluruhan, bagaimana mungkin ianya dibenarkan untuk dipelihara dalam keadaan tertentu? Jadi dalam bab kenajisan anjing ini ia sangat berat. Walaupun mazhab Maliki berpandangan seringan itu, tapi depa (yang bela anjing laa…) bole confirm ker kemaluan anjing2 tu bebas dari najis (air kencing dan tahi). Anjing nie bukan macam anak-anak kita kalau nak kencing ker berak ker mereka akan habaq kat kita. Kalau tak pandai habaq lagi boleh pakaikan pampers. Tapi anjing, nak bagi pakai pempers juga??? Macam MKI elok pakai jubah pi bermanja-manjaan dengan anjing2. Tak terfikirnya saki-baki tahi kat ekor anjing dia tu nanti melekat kat jubah putih dia tu. Tuh kalau pakai jubah putih, boleh perasan. Kalau jubah pun kaler tahi najing dia. Macam mana? Lu pikirlah sendiri (Nabil, ana pinjam cakap ‘lu’… ehh ‘enta’ sorry tersasul). Tak payah najis, bulu pun dah cukup. Kalau melakat kat baju, tak sah sembah. Jangankan bulu anjing. Bulu arnab ana (yang bersih dan berseri cheewaah…) pun tak boleh lekat kat baju.
Akhir sekali kita semua rasanya tidak nafikan ada kajian saintifik untuk menyokong kenajisan anjing seperti kandungan kumannya, tabiat kotornya atau tabiat pemakanannya, akan tetapi kandungan kuman juga mungkin terdapat dalam haiwan peliharaan yang halal dijaga kita di dalam rumah. Dan ada juga anjing terlatih atau yang dibiakkan menjadi bersih secara lahirnya. Jadi, persoalan kenajisan anjing ini tidak wajar terlalu dikaitkan dengan logik akal, akan tetapi anggaplah ianya sebagai amr ta’abbudiy (perkara ibadah yang perlu kita tunduk kepada arahannya tanpa berfikir alasan logiknya secara melampau). Okaylah pantuh last untuk hari nie
Berbuah lebat pohon mempelam
Rasanya manis dimakan sedap
Bersebarlah adat seluruh alam
Adat pusaka berpedoman kitab


1 Comment:
salam, ada pihak-pihak sahaja nak permain-mainkan hukum Islam, dia orang nak tengok umat Islam sensitif atau tidak.
Post a Comment