Friday, February 26, 2010
Zila Bakarin: Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul
“Takkan tiba-tiba saya nak pakai baju kurung dan bertudung. Kalau boleh biarlah dengan rela hati kerana banyak perkara yang saya kena ubah,” kata Zila kepada mStar Online baru-baru ini.
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/2/25/mstar_hiburan/20100224161336&sec=mstar_hiburan
Dalam keadaan dunia yang serba canggih manusia semakin tengelam punca peranan dan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah yang telah menciptakannya. Manusia lupa pada wujudnya Maha Pacipta yang menjadikan semua yang terasa, terlihat dan terdengar olehnya. Inilah bahana apabila hidup tidak dipimpin oleh syariat. Apatah lagi menjauhi dari tarbiah akhlak mulia seorang Muslim.
Muslimnya seseorang itu kerana Islam. Islam bermaksud menyerah diri. Yakni menyerah diri kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui persuruhnya yakni para Nabi-nabi dan yang terakhir Nabi Muhammad SAW. Inilah asas peribadi seseorang yang mengisytihar diri seorang Muslim.
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” Al Fushilat : 33
Memang benar tiada paksaan di dalam beragama. Malah Islam tidak pernah sesekali menfatwakan supaya memaksa mana-mana orang bukan Islam supaya mengimani apa umat Islam seluruhnya imani. Malah kemuliaan Islam tidak hanya diukur melalui kehebatan empayarnya suatu ketika dahulu. Tetapi ciri-ciri syariat yang munasabah yakni memberi keadilan sesama manusia malah lebih dari itu antara diri manusa itu sendiri dengan penciptanya - Allah SWT.
“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Al Baqarah : 256
Jelas maksud ayat di atas adalah menjadi fitrah manusia untuk mengakui bahawa wujudnya Maha Pencipta yang menjadikan alam ini dan mengurusnya tanpa pernah terjadi sebarang down time. Sebab Allah yang Esa bukan suatu Dzat yang boleh dinisbahkan dengan apa sahaja terfikir oleh fikiran manusia apatahlagi mengelaskan kepada dewa-dewi (atau apa sahaja gelaran) yang pelbagai peranan dan rupa. Kerana janji Allah bahawa jelas sekali perbezaan antara cara hidup yang baik dan cara hidup sesat menurut hawa nafsu. Maka itu pasti manusia yang sempurna akalnya mampu membeza antara yang bathil dan haq sebagai pilihan dirinya.
Apabila disebut taghut ia tidak hanya dinisbahkan kepada sembahan berbentuk fizikal semata-mata. Seperti penganut Hindu dan Budha dan lain-lain lagi. Tetapi juga apa-apa sahaja yang apabila kita meletakkan ia lebih dari apa yang dituntut oleh syariat a.k.a Allah SWT. Sebahagian dari kita mungkin takutkan pemimpin yang kejam tetapi ingatlah azab Allah SWT sesekali tidak tertanding dengan kekejaman manusia. Begitu juga taghut dalam bentuk budaya dan pemikiran. Apabila manusia melebih-lebih budaya sehingga meranapkan apa yang diwariskan oleh Rasulullah SAW maka sedar atau tidak itu taghut yang sedang disembahnya. Paling menakutkan ialah pencemaran pemikiran yang akhirnya merosakkan akal fikiran sehingga menyebabkan maruah manusia lebih rendah dari binatang yang tidak berakal.
Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?, atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu). Al Furqaan : 43-44
Celakalah mereka yang telah datang peringatan Allah SWT tetapi tidak mengendahkannya. Inilah contoh sikap munafik yang mempermainkan perjanjian antara dirinya dan Penciptanya. Saban hari mengakui dirinya Islam, Allah sebagai Tuhan yang Esa dan Muhammad sebagai pesuruh Allah tetapi menolaknya apabila selesai sahaja solat.
Pilihan untuk mentaati syariat Allah SWT bukan suatu perkara yang boleh dikompromi dengan apa sahaja alasan. Bayangkan kalau sukan bola sepak itu undang-undangnya tidak dipatuhi. Bola yang sepatutnya disepak oleh pemain dibawa lari menggunakan tangan. Jangankan bawa lari menahan bola dengan tangan pun pasti mengundang kemurkaan pengadil lantas diazab dengan kad merah atau sebagainya. Itu belum termasuk sumpah seranah jeritan para penyokong yang lebih kuah dari sudu. Inikan pula agama yang diadili oleh Maha Pencipta - Allah SWT. Ia bukan sahaja mendambakan ketaatan hambaNya terhadap suruhanaNya tetapi juga amaran terhadap azab siksa yang keras kepada pesalah laku syariatNya.
Di dunia sahaja ia merupakan maruah yang tidak ternilai pada diri manusia yang mengimani Allah SWT tuhan pencipta alam ini. Sikap bermuka-muka dan khianat pada agama pastinya mengguris hati manusia yang beriman. Kerana golongan ini mengakui dirinya Muslim tertapi pada masa yang sama telah merendah-rendah nilai keimanan yang memberi kemuliaan kepada seluruh umat Islam. Akibatnya maruah umat Islam yang lain juga terpalit arang lantaran angkara golongan fasiqin dan munafiqin tersebut.
Itulah hakikat kecelaruan umat mutakhir ini. Berbuat baik seolah-olah taboo bagi dirinya. Lantaran diri sentiasa bergelumang dosa. Sehingga ada juga yang bimbang dirinya digelar ustaz atau ustazah. Takut dituduh baik sangat. Itulah tunggang terbalik, haru biru, ghaflah jingga kita semua. Tak nak jadi baik = soleh = bertakwa. Jadi jahat sikit-sikit orang tak mengata - katanya. Mana dia takutnya kepada Allah SWT? Takut mulut manusia lebih dari azab Allah SWT? Nauzubillah… Kalau begitu bicaranya mengapa tidak sahaja mengungkap begini “Buat apa jadi Muslim kalau diri tak betul”.
Sekadar peringatan terutama pada diriku
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang Az Zumar: 53


3 Comments:
I would appreciate more visual materials, to make your blog more attractive, but your writing style really compensates it. But there is always place for improvement
Not bad article, but I really miss that you didn't express your opinion, but ok you just have different approach
thank you for your comment. nice...
Post a Comment