Tuesday, November 17, 2009

BN Menang, Kedah Senang

http://www.scotstamps.co.uk/images/commonwealth_images_6/State_of_Kedah_National_Flag.jpg

Majlis Gerak Mesra 1Malaysia adalah program politik, medan pemimpin Umno memaki hamun PAS tetapi digerakkan oleh PPN yang merupakan sebuah jabatan kerajaan di mana pegawai dan kakitangannya dibayar gaji dari duit rakyat; termasuk cukai yang dikutip dari ahli-ahli PAS. Kos membiayai program tersebut juga ditanggung oleh kerajaan. Mereka langsung tidak rasa berdosa, makan duit gaji yang dibayar oleh rakyat tetapi melakukan kerja untuk parti politik.

Tiada bezanya dengan perangai RTM Kedah yang setiap siaran berita menyiarkan kegiatan Umno sebagai laporan utama, walhal Umno di Kedah sama tarafnya dengan pertubuhan bukan kerajaan yang lain.

Sejak dulu pun Umno sebagai sebuah parti politik tidak perlu bekerja keras untuk memenangkan parti mereka dalam pilihanraya. Jabatan kerajaan yang dijadikan lembu tunggangan.

Setelah separuh abad merdeka, mengapa semua penyalahgunaan itu masih berlaku? Sebabnya BN belum kalah di Pusat. Akibat terlalu lama berkuasa, mereka merasakan semua khazanah kekayaan negara adalah hak milik mereka. Pegawai kerajaan dianggap sebagai peon pejabat Umno.

Inilah bahananya jika sesebuah parti itu diberi kuasa memerintah terlalu lama. Keburukan (akibat terlalu lama berkuasa) inilah yang perlu diberitahu kepada setiap rakyat yang mempunyai akal fikiran supaya kewarasan yang mereka miliki dapat digunakan sebaiknya untuk menolak BN.

Jika sekali mereka kalah, jadi macam pentadbiran kerajaan negeri Kedah sekarang. Pegawai-pegawai tidak perlu bersusah payah melakukan kerja untuk parti politik. Ini hujah yang kuat mengapa Umno perlu dikalahkan di Pusat, walaupun untuk sekali.

Separuh abad BN memerintah Kedah, masih ramai rakyat yang dicengkam kemiskinan. Media massa saban hari menyiarkan kedhaifan rakyat dengan rumah dibuat dari dinding dan lantai buluh atau kayu-kayu hutan, terutama didaerah pendalaman seperti Baling, Sik dan Padang Terap. Kononnya atas keprihatinan terhadap penderitaan rakyat, media tersebut juga melaporkan YB, Pemuda atau Puteri Umno turun membantu. Mereka terhegeh-hegeh datang dengan beras, gula dan kopi.

Walhal yang sepatut dilakukan oleh BN sebagai pemerintah di Pusat ialah mempastikan tiada lagi rumah berlantai dan berdinding buluh. Kewujudan rakyat miskin di Kedah tidak bermula dari 9 Mac 2008. Berpuluh tahun golongan tersebut jarang merasai senang. Mengapa selepas BN jadi pembangkang di Kedah baru parti rasuah itu datang menjanjikan kesenangan?

Sunday, November 15, 2009

Tauliah... Oh... Tauliah

http://www.compassionatexpression.com/images/handcrafted%20scroll%20collection.gif

Isu tauliah nampaknya sudah menjadi polemik negara seakan-akan menjadi punca segala kerosakan. Hampir saban hari kita semua disuapkan dengan permasalahan tauliah di media arus perdana. Apatah lagi di alam maya. Ia lebih menarik kerana perdebatan antara netters disulami dengan hujah-hujah bak tokoh falsafah terbilang. Namun kita wajar berdoa mudah-mudahan Allah SWT memberi rahmat melalui percambahan ilmu dikalangan pendebat semua. Insyallah

Namun bila berkira-kira seorang diri ana teringat para pejuang kebebasan yang dihumban ke dalam kandang ISA tanpa sebarang pertuduhan, penghujahan apatah lagi penggulungan. Jadi apa bezanya seorang ulamak dihukum tanpa dasar yang boleh dicabar. Lebih malang lagi "dikatakan" difitnah sedemikian rupa.

Nampaknya umat Islam di negara tercinta ini sekali lagi diuji dengan undang-undang rimba yang langsung tidak menggambarkan ketinggian ilmu dan akhlak penghuninya. Tetapi kali ini ana merasa serangan kali cukup dasyat kerana ia langsung mengenai Deen yang diimani. Terbayang juga bagaimana gembiranya golongan kufar dan musuh-musuh Islam yang sedang bergelak ketawa menonton drama umat Islam yang sekian lama ditayang diseluruh dunia mengikut versi produksi masing-masing. Seperti teater lagenda Palestine, cerekarama Chehnya, telenovela Kashmir dan banyak lagi.

Tauliah Oh Tauliah... ujiannya cukup menggusarkan. Apalah nasib umat Islam. Sudahlah disogok dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Baik dari budaya yang menghancurkan jati bangsa dan juga pemikiran yang menjadi ultimatum kehancuran bangsa baik agama. Kini ia diperhebat pula dengan sekatan dari menerima ilmu secangkir hidayah Allah SWT. Apalah erti kebebasan beragama jika pendokong jalan hidup beragama dikurung dari menjalankan kerjanya. Kalau sanggup mungkin hingga ke titisan darah terakhir golongan al munafikin akan kerjakan nauzubillah. ..

Terpandang pula wajah anak-anak yang baru mengerti bernafas. Agak2 bilakah Umar Al Farouq akan bertanyakan akan tauliah si ayahnya. Mungkin Muaz Al Hakim akan bertanya "Baba dah ada tauliah ker nak ajar kami Iqra nih?" Dan lebih meruntum jiwa jika Hanzalah Al Ikram pula me'warning' babanya "Baba jangan pandai2 nak ajar kami solat, kalau tak der tauliah nanti kena tangkap!". Aduhai walad... apalah nasib mu nanti. Ya Allah Jauhkan Kami Dari Fitnah ini....

Monday, November 02, 2009

Sejarah & Watak

http://sariwibowoaang.files.wordpress.com/2009/07/pharaoh_3.jpg

Mempelajari sejarah lepas adalah panduan penting bagi kehidupan insan di hari ini dan akan datang.

Sejarah jika tidak diingati untuk pengiktibaran bak kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time”.

Membaca sejarah bukan bertujuan untuk mengungkit kesalahan orang yang lepas atau sudah tiada, tetapi panduan dan juga peringatan untuk mereka yang masih hidup kerana para pelakon di pentas sejarah itu datang dan pergi, tetapi watak yang diwarisi tetap seiras.

Al-Quran menceritakan sejarah penentang Nabi Musa a.s. dan kerakusan Firaun, bukan untuk kita pergi Mesir menyokong Nabi Musa, atau bersiap menentang Firaun Mesir.

Mereka semua sudah tiada lagi dan hanya tinggal dalam lembaran, tetapi watak perjuangan Musa dan kerakusan Firaun terus diwarisi zaman berzaman.

Maka kita wajib bersama dengan perjuangan ala Musa, dan menentang kerakusan watak ala Firaun. Demikian al-Quran menceritakan tentang kisah Nabi Yusuf a.s. dan adik-beradiknya, bukan untuk kita mengungkit kesalahan adik-beradik Yusuf, tetapi pengajaran dan panduan untuk kita yang masih hidup.

Dosa Jual Beli Hari Jumaat

http://2.bp.blogspot.com/_m9FvnBh2KW8/ShehE35JmZI/AAAAAAAAAQw/tNroZyVCnhI/s400/The_Eid_Khutbah_by_iraqiguy.jpg

Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.

Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya: Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Walaupun telah ijma' di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.

Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).

Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi saw

Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)

Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

alaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.

Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.

Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.

Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.

Saturday, October 31, 2009

Rights Groups Condemn Aceh Stoning Law


A man grimaces in pain as he is caned in public by a veiled law-enforcement official for gambling in Banda Aceh. (Photo: AFP)

Indonesian rights activists condemned as "cruel and degrading" Tuesday a new Islamic law calling for adulterers to be stoned to death in the country's staunchly conservative Aceh province.

The law -- which also allows punishments of up to 400 lashes for child rape, 100 lashes for homosexual acts and 60 lashes for gambling -- was passed unanimously Monday by lawmakers in the region at the northern tip of Sumatra island.

The law replaces elements of Indonesia's criminal code with sharia, or Islamic law, for Muslims. It allows the death penalty for married people and 100 lashes for unmarried people found guilty in cases of adultery.

"The laws that have been approved in Aceh are cruel and degrading to humanity," National Commission on Human Rights head Ifdhal Kasim told AFP.

But let see what their bible have to say.

Leviticus 20:9-11

9 " 'If anyone curses his father or mother, he must be put to death. He has cursed his father or his mother, and his blood will be on his own head.

10 " 'If a man commits adultery with another man's wife—with the wife of his neighbor—both the adulterer and the adulteress must be put to death.

11 " 'If a man sleeps with his father's wife, he has dishonored his father. Both the man and the woman must be put to death; their blood will be on their own heads.


They've no gut to implement thier own law but also against others too...

Tuesday, October 27, 2009

Tiket Murah Maruah Pun Murah

http://2.bp.blogspot.com/_UD1TRPOssR0/RzQvGF_XvEI/AAAAAAAAALk/yQE4ZDetyKg/s400/airasia+uniform.jpg

Baru-baru ini, kita berasa amat terganggu tatkala menonton iklan terkini syarikat penerbangan tambang murah negara, Airasia di televisyen. Ia bersifat sangat kasual, cheeky dan boleh dianggap sebagai satu gurauan seperti yang dimahukan oleh pengarahnya, Yasmin Ahmad. Tetapi subjek yang menjadi tumpuan iklan itu sangat memalukan dan menjadi promosi murahan bukan sahaja terhadap Airasia, malah Malaysia sendiri.

Tidak lain dan tidak bukan, punggung pramugarinya!

Kita semua sedia maklum dengan pakaian seksi yang menyeksa si pemakainya di kalangan krew perempuan Airasia. Terfikir juga saya, sesuaikah pakaian itu untuk menyelamatkan penumpang sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan udara? Atau penumpang pula yang terpaksa membantu pramugari yang terkial-kial dengan skirt ketat mereka.

Tetapi dengan iklan Airasia terbaru itu, ia memberitahu penumpang supaya setiap kali menaiki pesawat Airasia, jangan lupa kepada punggung pramugarinya, termasuk di kalangan penumpang kanak-kanak sebaya Isaac!

http://4.bp.blogspot.com/_ZFvJ5DzfqUU/SAf7-u2Q9aI/AAAAAAAABns/xehTqrNs4hI/s400/3.jpg

Bulan ini sahaja sudah beberapa kali iklan Air Asia yang berunsur lucah itu, menggambarkan susuk tubuh pramugarinya disiarkan di stesen-stesen TV swasta namun tiada sebarang tindakan diambil oleh Kementerian Penerangan berhubung hal tersebut.

Malah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga dilihat tidak sensitif dengan eksploitasi yang dilakukan oleh syarikat penerbangan terhadap wanita dalam iklan itu sehingga tiada sebarang reaksi balas kementerian sehingga kini.

Lebih mendukacita, iklan terbabit menggunakan seorang kanak-kanak lelaki sebagai subjek atau watak utama untuk 'menghayati' bentuk badan pramugari wanita sebagai galakan untuk naik dan menggunakan khidmat syarikat penerbangan tambang rendah itu.


Saturday, October 17, 2009

Cinta Allah Tapi Bukan Jalan Rasulullah SAW?

Bagindalah pemimpin, baginda teladan. Kita ini rela menderita, rela dihina, rela dianiaya, rela dipersenda demi memenuhi cinta kepadanya dan agama yang dibawanya.

Kita akui jalan bagindalah jalan yang terbaik dan kita membenci setiap bidah yang cuba ditokok tambah, atau khurafat yang cuba dipalitkan kepada agama yang dibawa baginda, kerana hidup kita hanya mengiktiraf baginda sebagai rasul yang akhir.

Demikianlah Allah mengingatkan kita: (maksudnya) Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah Ali-‘Imran, ayat 31)

Kata al-Hafizd Ibn Kathir (meninggal 774H): “Ayat ini adalah pemutus kepada sesiapa yang mendakwa mencintai Allah tetapi tidak di atas jalan Muhammad. Maka sesungguhnya dia adalah pendusta atas apa yang didakwanya, sehinggalah dia mengikuti syariat Muhammad dan agama nabawi dalam semua perkataan, perbuatan dan hak ehwalnya seperti yang pasti dalam Sahih al-Bukhari daripada RasululLah s.a.w:Sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak di atas petunjuk kita, maka dia ditolak” (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/366, Beirut: Dar al-Ma’rifah)

Sunday, September 27, 2009

The entire Bible is corrupted anyway according to its Theologians!

We must know that the Bible can not be trusted. Let us look at what the Theologians and Historians of the NIV Bible wrote about the Book of Song of Songs:

* Please be advised that the Bibliography of the NIV Bible that I used is listed at the end of this article. I used the latest version of the NIV Bible.

About the book of Song of Songs: "Verse 1 appears to ascribe authorship to Solomon. Solomon is referred to seven times, and several verses speak of the 'king', but whether he was the author remains an open question. (From the NIV Bible Commentary, page 997)"

As we clearly see, no one knows who wrote the porn-full book of Song of Songs. How can you claim that the books were indeed all revealed by GOD Almighty? If you're not sure, and you still insist on your claim, then you are committing a crime against GOD Almighty's Revelations.

(www.answering- christianity. com/authors_ gospels.htm)

The NIV Bible Theologians and Historians also commented on other books of the Bible to be corrupted by the scribes:

"...portions of the book were probably added by scribes or editors from later periods of Israel's history... (From the NIV Bible Commentary, page 183)"

The Jewish scribes had very badly corrupted the Bible and turned it into a big lie. That is why GOD Almighty said:

"`How can you say, "We [the Jews] are wise, for we have the law of the LORD," when actually the lying pen of the scribes has handled it falsely?' (From the NIV Bible, Jeremiah 8:8)"

"How can you say, 'We are wise, and the law of the LORD is with us'? But, behold, the false pen of the scribes has made it into a lie. (From the RSV Bible, Jeremiah 8:8)"

In either translation above, we clearly see that the Bible has too many narrated stories and man-made cultural laws that were inserted into it that were not Divine Revelations from GOD Almighty.

It's quite obvious that the Bible is more like a man made cultural book than a divine book that is meant to be for all times and all places. Anyway, the Bible was not even written by its original authors. That is why you see things such as "And Moses went up to the mountain.... " instead of "And I [Moses] went up to the mountain.... ", or "And Jesus said to Matthew...." instead of "And Jesus said to me [Matthew]... ." Most of the Books and Gospels of the Bible were written by third party people that were not even chosen by GOD, which makes the Bible just a cultural history book rather than a divine book from GOD Almighty.